Bersalin secara pembedahan sememangnya memerlukan penjagaan yang lebih teliti terutama sekali di bahagian yang dibedah..
Memandangkan
saya bersalin kedua-dua anak adalah melalui pembedahan, jadi suka saya
nak kongsikan pengalaman saya berpantang dengan semua.. :D.. berpantang
selepas bersalin secara pembedahan atau caeserean ni tidaklah banyak
perbezaan dengan berpantang selepas bersalin secara normal.
Selepas
tempoh kehamilan 40 minggu dan proses bersalin, tubuh kita memerlukan
masa untuk pulih dari sebarang luka dan menstabilkan kembali paras
hormon badan. Proses pemulihan bersalin secara pembedahan memakan masa
yang lebih panjang jika dibandingkan dengan orang bersalin normal. Jadi
sebelum bersalin, kita dah boleh memilih untuk berpantang secara moden
atau tradisional.
Yang
paling penting, kita perlu dapatkan maklumat awal terlebih dahulu. Jadi
kita akan lebih bersedia kelak.. taklah kelam kelibut time nak bersalin
nanti.. :p
Semasa
saya berpantang dahulu, saya mengamalkan kedua-dua kaedah berpantang..
Tradisional & Moden, kan senang :D .. jadi awal-awal lagi saya dah
'survey' jenis set bersalin, jenis diet dan kaedah jagaan selepas
bersalin secara pembedahan.. kalau dapat, buatlah 'list' dan letakkan di
tempat yang mudah kita nampak.. so tidaklah nanti tertinggal info yang
kita perlu ikut lepas bersalin nanti, tambah-tambah lagi, bagi yang
baru bergelar ibu :D
Berpantang selepas bersalin, kita ada 3 pilihan sebenarnya,
- Berpantang secara moden
- Berpantang secara tradisional
- Berpantang mengikut dua-dua kaedah di atas. :D
Maklumat awal yang kita perlu tahu :
- Jenis diet / pengambilan makanan seimbang semasa berpantang
- Senaman
- Penyusuan
- Bengkung yang sesuai
- Sokongan moral
Jika kita memilih untuk berpantang secara tradisional pula, kita akan buat semua ni:
- Berurut
- Mandi air rebusan
- Bertungku
- Bertangas
- Berbengkung / barut
- Pilis & param
Tempoh
berpantang biasanya adalah selama 44 hari bagi masyarakat Melayu..namun
ada juga yang berpantang sehingga 100 hari, itu semua pilihan
masing-masing. Okeh, berbalik kepada penjagaan semasa berpantang setelah
bersalin secara pembedahan, antara yang perlu dititikberatkan adalah :
1. Mandi :
Mandi
tidak menjadi masalah, biasanya semasa di hospital, badan kita hanya
akan dilap dengan tuala sehingga bersih oleh pembantu / jururawat kerana
pada waktu awal bersalin, kita tidak mampu untuk bergerak banyak.
Setelah pulang ke rumah, kita perlulah mandi. Kita perlukan pastikan tempat luka pembedahan itu dilap kering setelah kita mandi. Penting untuk pastikan luka tersebut kekal kering sepanjang masa.. (jika tidak dijaga dengan baik, boleh dijangkiti kuman atau bernanah). Jika nampak luka seakan kemerah-merahan dan berair, atau jahitan terbuka, cepat-cepat berjumpa doktor tau..

2. Diet :
Pengambilan
makanan seimbang sangat penting untuk penyembuhan luka luar dan dalam.
Kalau nak tahu, tiga lapisan kulit kita dalam dan luar yang dibedah tu.
Oleh itu sangat penting untuk pastikan luka kita sembuh sepenuhnya. Jadi
kita sangat perlu untuk
ambil vitamin tambahan dan serat yang dapat bantu mempercepatkan
penyembuhan luka. Saya amalkan suplemen Shaklee. Memang rasa lebih sihat
dan bertenaga. Sampai jiran pun tegur, tak nampak macam bersalin, masa
tu baru 5 hari, dah kuat dan sihat . :D
Perlukan serat dan air yang mencukupi tau.. kalau tidak nanti, sembelit pula.. tahu-tahu ajelah, apabila dibedah ni, pergerakan kita banyak guna otot perut, jadi kalau dah sembelit, memang seksa la nanti.. :( - Kalau boleh nasi yang kita makan sebolehnya dimasak sedikit lembut. Jangan lupa ambil sayur dan buah - saya suka makan sawi dan oren masa berpantang haritu. :D.
Boleh baca di link ini untuk menu-menu pemakanan yang sesuai semasa berpantang.

Jika
kita kekurangan air, kita berpotensi untuk terkena jangkitan kuman,
juga boleh mendapat 'kencing kotor'.. selepas pembedahan, risiko
jangkitan kuman sering berlaku pada paru-paru, air kencing, luka dan
darah beku dalam kaki (deep vein)
- DVT jadi, minum air mencukupi ye supaya kuman-kuman dapat dikeluarkan
daripada badan. Boleh ke link berikut untuk ketahui lebih lanjut masalah-masalah yang sering terjadi selepas bersalin( semasa berpantang. (wajib baca)
Tip : Kalau ketika membuang air kecil terasa seperti pedih atau rasa seperti terbakar, memang sahlah dah terkena jangkitan kuman.. boleh juga minum air barli, tapi masa berpantang ni, takut sejuk pula. Jangan ditangguh yea takut melarat, pergi je jumpa doktor. Kalau nak tahu, ubat yang doktor bagitu memang sangat-sangat tidak sedap.. weeekkkk!!! percayalah sebab saya pun dah kena :D
Seperkara lagi, jamu tidak digalakkan untuk diambil oleh ibu yang bersalin secara pembedahan. Biasanya makanlah jamu selepas sebulan. Jamu menyebabkan luka lambat sembuh sebab kandungan herbanya yang tertentu yang melambatkan penyembuhan luka. Saya pun turut mengambil Jamu lepas Bersalin Mustika Ratu. Saya mula memakan lepas sebulan bersalin, setelah luka saya benar-benar sembuh. Mustika Ratu sememangnya jamu kegemaran saya sejak remaja lagi :D
Anda boleh juga amalkan pengambilan suplemen atau Set Lepas Bersalin yang lengkap dan terbaik. Saya amalkan Set Bersalin dan Menyusu Shaklee selepas melahirkan Ruzain tempoh hari. Alhamdulillah, ia sangat-sangat membantu saya lebih sihat. Yang paling best, Saya sangat bertenaga dan luka pembedahan pun cepat sembuh. Kalau nak tahu, Sert Bersalin dan Menyusu Shaklee boleh diambil 2 jam selepas kelahiran. Sebab itulah saya makan Set Shaklee bersama Mustika Ratu. :D..
3. Senaman :
Anggota badan perlu digerak-gerak secara perlahan-lahan, untuk galakkan peredaran darah. Dengan ini proses penyembuhan luka akan menjadi lebih cepat dan lancar. Sangat penting untuk menggerakkan kaki dan badan selepas pembedahan (pada hari kedua) supaya dapat menggelakkan DVT. (bengkak, kebas dan saluran darah tersumbat) - biasanya hari pertama, kita digalakkan untuk berehat di atas katil sahaja.
Pengalaman saya : saya pernah mengalami kekebasan kaki & tangan selepas pembedahan bulan April yang lalu.. memang menakutkan apabila kaki dan tangan tiba-tiba kebas dan tidak mempunyai deria sentuhan.. Doktor dan nurse kemudiannya bantu saya untuk gerakkan kaki & tangan) - doktor ada bagitahu, mungkin juga terjadi disebabkan kehilangan banyak darah semasa pembedahan, sebab itu saya menjadi kebas dan lemah.
Senaman kegel / kemutan amat digalakkan kerana selepas bersalin, otot faraj akan menjadi lemah. Senaman ini akan membantu untuk menguatkan kembali otot tersebut termasuk lantai pelvik dan mengurangkkan risiko rahim jatuh.

4. Menyusu :
Seawal kelahiran semasa di bilik bedah lagi, nurse akan minta untuk kita susukan bayi, atau diletakkan bayi pada badan ibu, selama lebih kurang 30 minit. Tujuannya adalah untuk memastikan bayi mengecam bau ibu dan menggalakkan penyusuan ibu.
Kesakitan akibat pembedahan sepatutnya tidak menjadi penghalang penyusuan ibu. Jadi sebolehnya carilah posisi yang selesa atau minta seseorang membantu takkala nak menyusukan bayi. Sememangkan sakit dan tidak dapat bergerak pada awal-awal pembedahan.. Tapi kita perlu sedar susu terbaik untuk bayi adalah susu ibu. Tambahan pula menyusu akan mempercepatkan pengecutan rahim dan badan kita akan cepat langsing :D
Jika kelihatan seperti kekurangan susu badan, apa kata anda cuma teknik power pumping, atau boleh juga mengamalkan pemakanan yang memperbanyakkan susu badan.
Pengalaman saya sendiri, saya amalkan pengambilan Alfalfa dan ESP (Set Menyusu Shaklee). Alhamdulillah, seawal seminggu kelahiran, saya dah mula membuat stok susu.
5. Bengkung :
Sebelum berbengkung, perlu pastikan jenis kain yang digunakan itu menyerap peluh atau tidak. Bahagian luka tersebut perlukan pengudaraan yang baik. Biasanya pemakaian bengkung adalah selepas 2 minggu, atau yakin luka bahagian luar telah kering dan tiada rasa sakit yang ketara ketika memakai bengkung. Bengkung perlu kerap dibuka dan pastikan bahagian luka tidak tergesel dengan bengkung. Untuk selamat, alas bahagian luka dengan kain lembut sebelum memakai bengkung.
Saya lebih suka memakai bengkung strap, lebih mudah ditanggalkan. tapi saya sekalikan juga dengan bengkung lilit v. Saya beli murah ja dalam RM35 macam tu. Sehelai lagi saya jahit sendiri. Jadi saya dapat 4 pasang bengkung, bolehlah ditukar-tukar. Ya, memang perlu ada bengkung lebih dari satu, supaya boleh dicuci dan mengelakkan jangkitan kuman, kan kita akan berpeluh. Namun semuanya terpulang kepada pilihan masing-masing..
Selain berbengkung, saya juga amalkan berparam.. (campurkan param dengan sedikit kapur dan air limau nipis) .. bancuh dan sapukan pada bahagian perut. Namun ini hanya boleh dilakukan selepas luka pembedahan benar-benar sudah sembuh.. caranya mudah sahaja, lumur kan param yang dah dicampurkan dengan kapur dan limau nipis, kemudian teruslah berbengkung. Berparam sangat baik, sebab bantu kempiskan perut dengan lebih cepat. Cumanya, satu perkara yang sedikit leceh, apabila param tersebut kering, dia akan memecah kan membuatkan serpihan param tersebut berteraburan di merata-rata kawasan .. tambah-tambah lagi di atas katil.. Jenuh pula nak menyapu yea.. kekek
6. Sokongan moral :
Bersalin secara pembedahan memang memakan masa untuk sembuh berbanding besalin secara normal. Oleh itu, sokongan moral dan bantuan keluarga amat penting. Apabila badan kita lemah, kita akan lebih banyak berehat, tambahan lagi, pada awal bersalin, kita tidak akan mampu untuk membuat sebarang pekerjaan dan tidak digalakkan untuk bergerak secara berlebihan. Yang paling penting, perlu tahu, perubahan hormon dalam badan kita akan naik turun secara drastik.. Jadi emosi kita akan tidak stabil dan cepat beremosi. Jika rasa tertekan atau sedih, berkongsilah perasaan tersebut dengan suami. Perubahan emosi naik turun boleh mengganggu ibu dan bayi jika tidak dikawal dan ditangani bersama dengan pasangan kita.
Bersemangatlah wahai ibu-ibu sekalian :D Untuk kesihatan yang lebih lagi, boleh dapatkan Set Terbaik Shaklee. Apa yang saya kongsikan ini semuanya adalah daripada pengalaman saya sendiri dan juga pengalaman kawan-kawan, termasuk adik saya yang turut perlu dibedah apabila mengalami masalah CPD dan kehamilan songsang seperti saya.

| Bengkung lilit V |
![]() |
| Bengkung moden / strap |

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat dan berguna untuk semua, jemputlah 'like' dan 'share' entry ini
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa.

0 comments:
Post a Comment