Bahan-bahan untuk puding roti:
8 keping roti
2 cawan susu segar
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega (cairkan)
1 kotak kecil kismis
Bahan-bahan untuk sos kastard:
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu
cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya:
1. Masukkan susu segar, gula
halus, telur, dan esen vanilla dalam satu bekas. Kacau sebati, husna kacau guna
mixer je, senang nak sebatikan semua.. lepas tu jangan syok plak sampai kembang
setaman adunan tu.. Cukup lah sekadar telur tu dah pecah elok pastu boleh mesra
dengan yang lain..
2. Carikkan roti dalam 4 bahagian, dan masukkan dalam bekas
adunan, biar terendam dan meresap sekejap.. Masukkan marjerin yang dah
dicairkan serta separuh kismis kedalam bekas tadi dan gaul sedikit..
3. Sapukan sedikit marjerin
dalam loyang untuk membakar.. Tuangkan roti yang telah direndam tadi dalam
loyang pembakar.. Taburkan baki kismis atas adunan.. Bakar pada suhu 180C selama
30 minit.. Kalau risau hangit, pepandai adjust.. mulakan dengan beberapa minit
dahulu, lepas tu kalau tak masak lagi, masukkan semula tambah minit..
Untuk sos kastard:
satukan bahan-bahan sos
kastard ke dalam periuk.. petua untuk elakkan tepung kastard berketul-ketul semasa memasak, jangan panaskan
lagi periuk, kacau dulu tepung bagi sebati.. dah larut/hancur baru letak atas dapur dan
panaskan guna api sederhana.. masak sampai pekat.. kepekatan sos terpulang pada
selera.. dah sejuk nanti lagi pekat sebenarnya..
Dah siap semua boleh lah makan..
sos kastard tu berlemak sikit, sebab husna terbuat pekat, so kalau makan banyak
secara serentak memang tak boleh pergi.. boleh rasa muak, jadinya nak neutral balik
jangan lupa minum air kosong.. laju je boleh hadap balik.. malam tu habis satu loyang,
adik-adik buat kerja, pakat angkut sorang sikit.. abah husna plak makan saja puding
tu tanpa sos, sebab dya cakap pelik kalau makan sekali.. hahaha.. makan saja
pon sedap, sebab puding tu dah manis..
Selamat Mencuba





0 comments:
Post a Comment