Slide # 1

Pertemuan

Perkenalan hanya dimuka buka berakhir Ke jinjang Pelamin Read More

Slide # 2

Di IjabKan

14.09.13 Telah disatukan setelah menempuh halangan dan dugaan Read More

Slide # 3

My Family

My Small Happy Family Read More

Sunday, June 7, 2015

NaNoChenta

Salam...

Kengkwan pernah dengar tak produxt Nano Chenta? Misti pernah kan.....
Heheh actually sy dulu pun ragu dengan product nanochenta ni.. tapi setelah suami mencubanya sendiri.. wah sungguh AMaZING.. mane taknya dalam masa 3 hari je.. kulit wajah suami sy yang dulunya suram n bermasalah terus nampak kesan.. kulitnya glow dan jerawat pon makin bekurangan..

Ermm apa lagi seronokla.. kulit dia dh xbermasalah dh dah xperlu mencari product penjagaan kulit lagi.. Nano Xhenta boleh membantu masalah kulit ni.. bukan setakat luaran malah dalaman juga..

Wah jatuh chenta dengan Nano Chenta

Diet Bersama Gctea

Ermm.. nak kongsi pengalaman sendiri bersama GCtea.. Dulu memang tak percaya langsung dengan GcTea ni.. mna taknya terlalu banyak sangat product tempatan ni.. tp setelah mencuba sendiri alhamdullilah.. berat pun trun walaupun tak selaju product slimming yg lain.. tp yg penting turun. kandungan gula dalam darah mak pon alhamdulillah trun sejak dia konsisten dengan GCtea..

Jom reramai mencuba gctea ni.. rasa dia pon besh sangat.

Wednesday, June 3, 2015

CLEARBLUE DIGITAL ALAT TEST KEHAMILAN YANG PALING TEPAT

Salam reader semua..
Ada sapa-sapa yang rasa diri dia mengandung tapi takut nak pi jumpa doktor..takut kecewa..jangan risau korang beli je Clearblue Ujian Kehamilan DIGITAL..

Mesti ada tertanya-tanya apa beza clearblue nie dengan pregnancy test kit yang lain...beza ia ialah..

Clearblue Ujian Kehamilan DIGITAL dengan Petunjuk Conception memberikan anda pengesahan dua keputusan. Penderia Pintar yang Dwi boleh memberitahu anda dalam perkataan jika anda mengandung atau tidak, malah  ia juga boleh menunjukkan jumlah minggu kehamilan korang..

Dengan Clearblue Ujian Kehamilan DIGITAL ia akan memberitahu korang kehamilan ujian yang paling tepat . Dengan clearblue, bila korang boleh test 4 hari sebelum due period korang...ia dah boleh detect kehamilan...so amazing...

Clearblue ni ada dua color:
                   

Ini kotak clearblue:

Korang boleh beli kat WATSON dengan harga RM26 harga tahun lepas 2014..

Penjagaan Selepas Bersalin Dan Berpantang Secara Berpantang


Baiklah, menjalani tempoh berpantang sememangnya perkara yang sangat mencabar buat ibu terutama sekali bagi yang pertama kali melahirkan anak. Penjagaan selepas bersalin adalah sangat penting untuk mengembalikan kesihatan ibu setelah mengandung dan mengalami pelbagai perubahan fizikal dan juga naik turun tahap kesihatan. 

Semasa bersalin, badan kita kehilangan banyak darah. Saya sendiri kehilangan sebanyak 1000cc darah. (saya bersalin secara pembedahan). Oleh sebab itu, ibu tidak boleh sama-sekali mengabaikan soal penjagaan diri selepas bersalin. Tempoh berpantanglah yang akan memastikan badan ibu sembuh daripada luka-luka dalaman ketika bersalin.

Jika kita mengabaikan tempoh berpantang, banyak masalah kesihatan fizikal dan mental yang akan berlaku. Orang-orang tua tak mengalakkan kita membuat terlalu banyak pergerakan secara kasar/ berat takutnya nanti luka bersalin akan tertetas kembali atau mungkin kedudukan rahim akan jatuh. Mereka juga tak benarkan kita minum terlalu banyak air dan sebagainya.. ada nasihat yang boleh digunapakai.. ada juga nasihat yang berupa mitos semata-mata :D

Sebagai persediaan untuk berpantang secara tradisional, anda perlu ketahui dan ikuti 7 tip penjagaan seperti berikut :
  • Bertungku
  • Berurut
  • Berbengkung / berbarut
  • Berpilis
  • Mandi air rebusan daun / herba
  • Minum ubat periuk
  • Tidur & rehat yang cukup

TIP 1 Berpantang secara tradisional  : BERTUNGKU

Amalan bertungku sememangnya satu amalan yang sangat baik. Bertungku bukan sahaja membantu untuk mengecutkan 'batu merian' supaya lemak yang terkumpul dibahagian perut dapat dipecahkan.

Bertungku membantu memecahkan darah beku dalam perut. Bertungku juga membantu mengurangkan stress ibu. Orang yang bersalin secara pembedahan tidak digalakkan bertungku dibahagian perut, namun begitu bertungkulah di bahagian lain seperti belakang badan dan kaki. 

Mudah sahaja nak bertungku ni. Bahan-bahan yang diperlukan : 
  • batu tungku, boleh beli dikedai atau pinjam dari saudara mara. Kalau tiada, boleh juga guna bata merah atau batu sungai yang besar - jangan terlalu berat, nanti tak larat nak angkat pula :) 
 
  • Daun mengkudu (paling baik) ambillah beberapa helai - banyak lagi bagus.

  • Kain pelapik (biar tebal) biasanya nak mudah guna sahaja kain batik atau tuala, nampak tradisional gitu. 
Bakar tungku selama 15-20 minit hingga betul-betul panas, angkat dan balutkan dengan daun mengkudu.

Caranya : bentangkan kain batik, letakkan daun mengkudu hingga penuh, kemudian barulah letakkan tungku yang dah dibakar tadi. balut hingga tertutup tungku itu sepenuhnya. Nanti kita dapat hidu aroma daun mengkudu yang wangi.. menenangkan jiwa.
kredit urut bersalin
Pastikan kain cukup tebal dan kepanasan tersebut sesuai dan dapat diterima anda. Takut nanti melecur pula. jadi berhati-hati yea. Tuamlah sekeliling peranakan, pinggul, payu dara dan seluruh badan. Badan akan hangat dan segar. Selamat bertungku :D

TIP 2 Berpantang secara tradisional  : BERURUT

Berurut amalan yang sering dilakukan oleh sesiapa sahaja kerana faedahnya sangat baik untuk badan. Bayi pun ada urutan tersendiri.  

Berurut dapat melancarkan perjalanan darah dan melegakan sendi-sendi yang sakit semasa melahirkan. Yelah, semasa tempoh melahirkan, ibu mengunakan banyak tenaga, jadi selepas bersalin, badan ibu akan menjadi sangat lemah.

Urutan biasanya boleh dilakukan selepas beberapa hari kelahiran. Biasanya mak bidan akan mengurut selama 3 hari berturut-turut.. kenapa 3 hari, saya pun kurang pasti. 
Semasa berurut badan kita akan kembali panas dan segar. Sebab itulah ibu perlu sentiasa memakan baju panas dan menyarung stokin. Badan ibu akan cepat sejuk dan kelihatan sembap atau bengkak terutama sekali di bahagian kaki.  

* Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan, urutan di sekitar perut hanya boleh dilakukan selepas 6 bulan melahirkan kerana luka pembedahan belum sembuh sepenuhnya sehingga tempoh 6 bulan. (ini bukan kenyataan suka-suka) Pengalaman saya bersalin secara pembedahan dan saya juga dapatkan khidmat nasihat doktor  dan bidan sebelum berurut, Bidan juga menyarankan tempoh 6 bulan adalah terbaik untuk memastikan luka jahitan benar-benar sembuh. Namun begitu urutan di tempat selain luka jahitan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. 
TIP 3 Berpantang secara tradisional  :  BERBENGKUNG / BERBARUT

Pemakaian bengkung atau berbarut bukanlah sekadar nak merampingkan pinggang. Tujuan sebenar adalah untuk membantu membentuk kembali otot-otot badan, perut, pinggul dan untuk mengetatkan peranakan agar tidak jatuh.

Semasa mengandung, badan kita telah mengembang dan banyak juga lemak-lemak terkumpul kan.. selepas bersalin semuanya mengeleber, jadi masa berpantang adalah masa yang paling baik untuk mengecilkan dan menegangkan semua itu ke bentuk badan asal malah mungkin boleh jadi lebih baik dari sebelum itu. 

Bengkung ada banyak jenis, boleh pilih bengkung jenis V, strap atau berkancing. Saya sendiri punya 4 bengkung yang berbeza. Pastikan bengkung sentiasa ditukar dan dicuci.  Sebaiknya, anda belilah 2 helai supaya boleh ditukar-tukar. Ingat ye, walaupun tengah berpantang, kebersihan dan penampilan diri tetap perlu dijaga. Boleh rujuk posting saya yang lalu, untuk lihat jenis bengkung , boleh klik di sini.
 
Cara memakai bengkung lilit V.                                                                    Kredit Mia
Paling baik adalah berbekung selepas mandi atau setelah berurut. Ulang lagi selepas mandi pada waktu petang hinggalah pagi esoknya. 
  
Kalau nak bentuk badan yang cantik, berbengkunglah.. pasti anda akan terkejut lihat hasilnya nanti. 
TIP 4 Berpantang secara tradisional  : BERPILIS

Berpilis? apa tu yea? ia adalah sapuan herba pada bahagian dahi. Tujuan berpilis adalah untuk mengurangkan pening dan loya. Badan kehilangan darah semasa bersalin. Oleh itu pilis ini membantu mengurangkan pening dan kelam mata.


Tak dapat nak letak muka sendiri, lakaran ini pun boleh yea :D
Pilis boleh didapati dengan mudah di dalam set bersalin tradisional. Saya sendiri menggunakan pilis Mustika Ratu, kerana saya sukakan baunya yang sungguh berherba. 

Pilis juga boleh dibuat sendiri, hanya ambil kayu manis dan tumbuk hingga halus. Campurkan dengan sedikit air dan sapu pada dahi. Paling baik untuk buat sendiri, mintalah suami atau saudara untuk menumbukkan campuran tersebut. Anda juga boleh sediakan awal-awal sebelum bersalin lagi.

TIP 5 Berpantang secara tradisional  : MANDI AIR REBUSAN

Saya gunakan air rebusan daun herba semasa berpantang anak pertama, kerana saya berpantang di rumah mertua. Semua daun tersebut ditanam di belakang rumah sahaja. (gambar di atas adalah gambar hiasan)
Kita sangat beruntung kerana tinggal di Malaysia. Tanaman herba berkhasiat sangat banyak dan masih tidak sukar untuk mencarinya. Ianya masih ditanam di halaman -halaman rumah dan ada juga yang masih dijual di pasar-pasar.

Kehebatan pokok-pokok herba memang diakui sangat baik untuk manusia. Buat ibu yang memerlukan rawatan untuk mengembalikan kesegaran tubuh, air rebusan daun herba sangat-sangat membantu. 

Air rebusan daun sangat baik untuk mengembalikan kesegaran urat saraf. dengan aromanya yang sangat sedap dihidu ianya juga membantu menenangkan badan dan fikiran. 

Bahan-bahan  yang diperlukan untuk membuat mandian herba : 
  • Sintok
  • Daun mengkudu
  • Serai wangi
  • Daun pandan
  • Daun sireh
Rebus dan gunakan air rebusan setiap kali mandi pagi dan petang sepanjang tempoh berpantang. Ia berkesan memberikan kesegaran dan meninggalkan bau harum pada badan.

Jika sukar untuk sediakan air rebusan daun herba, boleh juga pek uncang atau serbuk daun herba di kedai-kedai jamu.


Saya gunakan campuran herba mustika ratu semasa berpantang anak kedua kerana saya berpantang di rumah sendiri. Hanya campurkan beberapa sudu serbuk daun herba dengan air panas dan kemudian campurkan lagi dengan beberapa cebok air suam ke dalam baldi. Kemudian mandi. Rasa macam di spa.

TIP 6 Berpantang secara tradisional  : MINUM UBAT PERIUK

Ubat periuk rasanya memang tidak sedap dan pahit.. heheheh.. tapi sekarang dah tidak susah-susah mencari akar kayu. Semuanya sudah siap dijual di pasaran. Boleh pilih pelbagai jenama, ada dalam uncang, ada juga yang dibuat seperti teh. Bancuh dan terus minum.

Kongsi pengalaman Ummi saya lah yea.. Dahulu masa Ummi bersalinkan adik-adik, setiap hari Ummi akan merebus daun inai atau daun sireh dan diminum. Kedua-duan daun ni sangat baik untuk mengawal haid berlebihan dan keputihan.  

Jadi berbalik kepada ubat periuk atau air akar kayu, ianya sangat baik untuk kesihatan dalaman. Antara khasiatnya adalah :
  • Antara khasiat ubat periuk atau akar kayu adalah  
  • Membantu melancarkan perjalanan darah,  
  • Memenambah tenaga, 
  • Menyenangkan pembuangan air besar 
  • Mengeluarkan angin dalam badanmenambah seri muka agar tidak kelihatan terlalu pucat. 
Mari kita berkenalan dengan jenis akar dan tumbuhan herba yang baik untuk diamalkan semasa berpantang : 
  • Akar Mengkunyit - membuang darah kotor di dalam badan dan menghilangkan jerawat.
  • Gajah Beranak - Memanaskan badan dan membantu memecahkan lemak.
  • Akar Pulih Dara - merapatkan kembali ruang rahim wanita.
  • Teja Lawang - Membuang angin kotor, mengeluarkan peluh dan mewangikan badan, penawar cirit-birit.
  • Buah Manjakani : menegangkan otot-otot dalam faraj, merapatkan bahagian yang longgar, lemah atau kendur. Juga bantu hilangkan bau yang tidak diingini.
  • Kacip Fatimah mengatasi kembung yang sering dialami oleh wanita yang bersalin, mempercepatkan sembuh selepas bersalin disamping meransang merapatkan faraj.
  • Halia & Lada Hitam : Memanaskan dan membuang angin dalam badan.
TIP 7 Berpantang secara tradisional  : REHAT SECUKUPNYA

Selepas bersalin, kita akan terpaksa sesuaikan diri dengan keadaan baru dan karenah bayi. Sekiranya semua tip di atas telah dibuat, tetapi badan tidak mempunyai rehat yang secukupnya, tidak berkesan juga berpantang kita.

Untuk mengelakkan rasa pening dan letih melampau menjaga bayi, (ada bayi yang pada waktu malam suka meragam) anda perlu utamakan tidur. Apabila bayi tidur, masa itulah ibu turut sama tidur dan berehat. Jangan pada waktu bayi tidur, ibu pula sibuk nak buat kerja.

Waktu berpantang adalah waktu kritikal bagi ibu untuk memulihkan semula kesihatan badan dan luka-luka dalaman. Untuk minggu pertama bersalin sebaiknya, anda berehat sahaja. Lupakan sementara kerja-kerja mencuci dan lain-lain kerja yang boleh ditangguhkan.  

Paling elok kerja-kerja rumah, ditinggalkan sahaja kepada suami atau pembantu. Berbincanglah dengan pasangan mengenainya. Jangan risau rumah bersepah. Utamakan kesihatan diri. Tidur dan rehat yang cukup membantu anda mengurangkan rasa tertekan. 

Nasihat saya:

Pada 2 minggu pertama kelahiran, elakkan menjemput rakan taulan / Saudara mara datang menziarah. Lawatan pada minggu-minggu pertama bukanlah sesuatu yang baik, sebenarnya ia mengganggu ibu untuk berehat dan memulihkan kesihatan badan. Ada keadaan dimana bayi mungkin mengalami kuning, dan ibu perlu berulang alik ke klinik. Tambahan pula, bayi sebaiknya dielakkan disentuh oleh pelbagai orang, bayi lebih terdedah dengan kuman dan bakteria.

Buat rakan taulan / saudara mara, janganlah terlalu ghiarah untuk melawat kawan / saudara mara anda yang baru bersalin. Berilah mereka masa untuk berehat dan memulihkan diri. Biasanya selepas tempoh 2 minggu, ibu sudah lebih sihat, terurus dan keadaannya lebih bertenaga. Pada waktu itu, pergilah melawat.

Selamat Berpantang..

Berpantang lepas bersalin secara pembedahan atau caeserean


Bersalin secara pembedahan sememangnya memerlukan penjagaan yang lebih teliti terutama sekali di bahagian yang dibedah..

Memandangkan saya bersalin kedua-dua anak adalah melalui pembedahan, jadi suka saya nak kongsikan pengalaman saya berpantang dengan semua.. :D.. berpantang selepas bersalin secara pembedahan atau caeserean ni tidaklah banyak perbezaan dengan berpantang selepas bersalin secara normal.

Selepas tempoh kehamilan 40 minggu dan proses bersalin, tubuh kita memerlukan masa untuk pulih dari sebarang luka dan menstabilkan kembali paras hormon badan. Proses pemulihan bersalin secara pembedahan memakan masa yang lebih panjang  jika dibandingkan dengan orang bersalin normal. Jadi sebelum bersalin, kita dah boleh memilih untuk berpantang secara moden atau tradisional.



Yang paling penting, kita perlu dapatkan maklumat awal terlebih dahulu. Jadi kita akan lebih bersedia kelak.. taklah kelam kelibut time nak bersalin nanti.. :p


Semasa saya berpantang dahulu, saya mengamalkan kedua-dua kaedah berpantang.. Tradisional & Moden, kan senang :D .. jadi awal-awal lagi saya dah 'survey' jenis set bersalin, jenis diet dan kaedah jagaan selepas bersalin secara pembedahan.. kalau dapat, buatlah 'list' dan letakkan di tempat yang mudah kita nampak.. so tidaklah nanti tertinggal info yang kita perlu ikut lepas bersalin nanti, tambah-tambah lagi, bagi  yang baru bergelar ibu  :D

Berpantang selepas bersalin, kita ada 3 pilihan sebenarnya, 
  • Berpantang secara moden
  • Berpantang secara tradisional
  • Berpantang mengikut dua-dua kaedah di atas. :D
Maklumat awal yang kita perlu tahu : 
  • Jenis diet / pengambilan makanan seimbang semasa berpantang
  • Senaman
  • Penyusuan
  • Bengkung yang sesuai
  • Sokongan moral
 Jika kita memilih untuk berpantang secara tradisional pula, kita akan buat semua ni:
  • Berurut
  • Mandi air rebusan
  • Bertungku
  • Bertangas
  • Berbengkung / barut
  • Pilis & param
Tempoh berpantang biasanya adalah selama 44 hari bagi masyarakat Melayu..namun ada juga yang berpantang sehingga 100 hari, itu semua pilihan masing-masing. Okeh, berbalik kepada penjagaan semasa berpantang setelah bersalin secara pembedahan, antara yang perlu dititikberatkan adalah : 

1. Mandi : 
Mandi tidak menjadi masalah, biasanya semasa di hospital, badan kita hanya akan dilap dengan tuala sehingga bersih oleh pembantu / jururawat kerana pada waktu awal bersalin, kita tidak mampu untuk bergerak banyak.  

Setelah pulang ke rumah, kita perlulah mandi. Kita perlukan pastikan tempat luka pembedahan itu dilap kering setelah kita mandi. Penting untuk pastikan luka tersebut kekal kering sepanjang masa.. (jika tidak dijaga dengan baik, boleh dijangkiti kuman atau bernanah). Jika nampak luka seakan kemerah-merahan dan berair, atau jahitan terbuka, cepat-cepat berjumpa doktor tau..

2. Diet :
Pengambilan makanan seimbang sangat penting untuk penyembuhan luka luar dan dalam. Kalau nak tahu, tiga lapisan kulit kita dalam dan luar yang dibedah tu. Oleh itu sangat penting untuk pastikan luka kita sembuh sepenuhnya. Jadi kita sangat perlu untuk ambil vitamin tambahan dan serat yang dapat bantu mempercepatkan penyembuhan luka. Saya amalkan suplemen Shaklee. Memang rasa lebih sihat dan bertenaga. Sampai jiran pun tegur, tak nampak macam bersalin, masa tu baru 5 hari, dah kuat dan sihat . :D

Perlukan serat dan air yang mencukupi tau.. kalau tidak nanti, sembelit pula.. tahu-tahu ajelah, apabila dibedah ni, pergerakan kita banyak guna otot perut, jadi kalau dah sembelit, memang seksa la nanti.. :( - Kalau boleh nasi yang kita makan sebolehnya dimasak sedikit lembut. Jangan lupa ambil sayur dan buah - saya suka makan sawi dan oren masa berpantang haritu. :D. 

Boleh baca di link ini untuk menu-menu pemakanan yang sesuai semasa berpantang.



Jika kita kekurangan air, kita berpotensi untuk terkena jangkitan kuman, juga boleh mendapat 'kencing kotor'.. selepas pembedahan, risiko jangkitan kuman sering berlaku pada paru-paru, air kencing, luka dan darah beku dalam kaki (deep vein) - DVT jadi, minum air mencukupi ye supaya kuman-kuman dapat dikeluarkan daripada badan. Boleh ke link berikut untuk ketahui lebih lanjut masalah-masalah yang sering terjadi selepas bersalin( semasa berpantang. (wajib baca)

Tip : Kalau ketika membuang air kecil terasa seperti pedih atau rasa seperti terbakar, memang sahlah dah terkena jangkitan kuman.. boleh juga minum air barli, tapi masa berpantang ni, takut sejuk pula. Jangan ditangguh yea takut melarat, pergi je jumpa doktor. Kalau nak tahu, ubat yang doktor bagitu memang sangat-sangat tidak sedap.. weeekkkk!!! percayalah sebab saya pun dah kena :D

Seperkara lagi, jamu tidak digalakkan untuk diambil oleh ibu yang bersalin secara pembedahan. Biasanya makanlah jamu selepas sebulan. Jamu menyebabkan luka lambat sembuh sebab kandungan herbanya yang tertentu yang melambatkan penyembuhan luka. Saya pun turut mengambil Jamu lepas Bersalin Mustika Ratu. Saya mula memakan lepas sebulan bersalin, setelah luka saya benar-benar sembuh. Mustika Ratu sememangnya jamu kegemaran saya sejak remaja lagi :D

Anda boleh juga amalkan pengambilan suplemen atau Set Lepas Bersalin yang lengkap dan terbaik. Saya amalkan Set Bersalin dan Menyusu Shaklee selepas melahirkan Ruzain tempoh hari. Alhamdulillah, ia sangat-sangat membantu saya lebih sihat. Yang paling best, Saya sangat bertenaga dan luka pembedahan pun cepat sembuh. Kalau nak tahu, Sert Bersalin dan Menyusu Shaklee boleh diambil 2 jam selepas kelahiran. Sebab itulah saya makan Set Shaklee bersama Mustika Ratu. :D.. 

3. Senaman : 
Anggota badan perlu digerak-gerak secara perlahan-lahan, untuk galakkan peredaran darah. Dengan ini proses penyembuhan luka akan menjadi lebih cepat dan lancar.  Sangat penting untuk menggerakkan kaki dan badan selepas pembedahan (pada hari kedua) supaya dapat menggelakkan DVT. (bengkak, kebas dan saluran darah tersumbat) - biasanya hari pertama, kita digalakkan untuk berehat di atas katil sahaja.

Pengalaman saya : saya pernah mengalami kekebasan kaki & tangan selepas pembedahan bulan April yang lalu.. memang menakutkan apabila kaki dan tangan tiba-tiba kebas dan tidak mempunyai deria sentuhan.. Doktor dan nurse kemudiannya bantu saya untuk gerakkan kaki & tangan) - doktor ada bagitahu, mungkin juga terjadi disebabkan kehilangan banyak darah semasa pembedahan, sebab itu saya menjadi kebas dan lemah.

Senaman kegel / kemutan amat digalakkan kerana selepas bersalin, otot faraj akan menjadi lemah. Senaman ini akan membantu untuk menguatkan kembali otot tersebut termasuk lantai pelvik dan mengurangkkan risiko rahim jatuh.  

4. Menyusu :
Seawal kelahiran semasa di bilik bedah lagi, nurse akan minta untuk kita susukan bayi, atau diletakkan bayi pada badan ibu, selama lebih kurang 30 minit. Tujuannya adalah untuk memastikan bayi mengecam bau ibu dan menggalakkan penyusuan ibu. 

Kesakitan akibat  pembedahan sepatutnya tidak menjadi penghalang penyusuan ibu. Jadi sebolehnya carilah posisi yang selesa atau minta seseorang membantu takkala nak menyusukan bayi. Sememangkan sakit dan tidak dapat bergerak pada awal-awal pembedahan.. Tapi kita perlu sedar susu terbaik untuk bayi adalah susu ibu. Tambahan pula menyusu akan mempercepatkan pengecutan rahim dan badan kita akan cepat langsing :D

Jika kelihatan seperti kekurangan susu badan, apa kata anda cuma teknik power pumping, atau boleh juga mengamalkan pemakanan yang memperbanyakkan susu badan. 

Pengalaman saya sendiri, saya amalkan pengambilan Alfalfa dan ESP (Set Menyusu Shaklee). Alhamdulillah, seawal seminggu kelahiran, saya dah mula membuat stok susu.


5. Bengkung : 
Sebelum berbengkung, perlu pastikan jenis kain yang digunakan itu menyerap peluh atau tidak. Bahagian luka tersebut perlukan pengudaraan yang baik. Biasanya pemakaian bengkung adalah selepas 2 minggu, atau yakin luka bahagian luar telah kering dan tiada rasa sakit yang ketara ketika memakai bengkung. Bengkung perlu kerap dibuka dan pastikan bahagian luka tidak tergesel dengan bengkung. Untuk selamat, alas bahagian luka dengan kain lembut sebelum memakai bengkung. 

Saya lebih suka memakai bengkung strap, lebih mudah ditanggalkan. tapi saya sekalikan juga dengan bengkung lilit v. Saya beli murah ja dalam RM35 macam tu. Sehelai lagi saya jahit sendiri. Jadi saya dapat 4 pasang bengkung, bolehlah ditukar-tukar. Ya, memang perlu ada bengkung lebih dari satu, supaya boleh dicuci dan mengelakkan jangkitan kuman, kan kita akan berpeluh.  Namun semuanya terpulang kepada pilihan masing-masing.. 

Bengkung lilit V
Bengkung moden / strap
  
Selain berbengkung, saya juga amalkan berparam.. (campurkan param dengan sedikit kapur dan air limau nipis) .. bancuh dan sapukan pada bahagian perut. Namun ini hanya boleh dilakukan selepas luka pembedahan benar-benar sudah sembuh..  caranya mudah sahaja, lumur kan param yang dah dicampurkan dengan kapur dan limau nipis, kemudian teruslah berbengkung. Berparam sangat baik, sebab bantu kempiskan perut dengan lebih cepat. Cumanya, satu perkara yang sedikit leceh, apabila param tersebut kering, dia akan memecah kan membuatkan serpihan param tersebut berteraburan di merata-rata kawasan .. tambah-tambah lagi di atas katil.. Jenuh pula nak menyapu yea.. kekek


6. Sokongan moral : 
Bersalin secara pembedahan memang memakan masa untuk sembuh berbanding besalin secara normal. Oleh itu, sokongan moral dan bantuan keluarga amat penting. Apabila badan kita lemah, kita akan lebih banyak berehat, tambahan lagi, pada awal bersalin, kita tidak akan mampu untuk membuat sebarang pekerjaan dan tidak digalakkan untuk bergerak secara berlebihan. Yang paling penting, perlu tahu, perubahan hormon dalam badan kita akan naik turun secara drastik.. Jadi emosi kita akan tidak stabil dan cepat beremosi. Jika rasa tertekan atau sedih, berkongsilah perasaan tersebut dengan suami. Perubahan emosi naik turun boleh mengganggu ibu dan bayi jika tidak dikawal dan ditangani bersama dengan pasangan kita. 

Bersemangatlah wahai ibu-ibu sekalian :D Untuk kesihatan yang lebih lagi, boleh dapatkan Set Terbaik Shaklee.  Apa yang saya kongsikan ini semuanya adalah daripada pengalaman saya sendiri dan juga pengalaman kawan-kawan, termasuk adik saya yang turut perlu dibedah apabila mengalami masalah CPD dan kehamilan songsang seperti saya. 

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat dan berguna untuk semua, jemputlah 'like' dan 'share' entry ini 

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. 



Pemakanan Semasa Berpantang

Pengenalan
Wanita yang baru lepas bersalin kebiasaannya akan berusaha menjaga kesihatan diri dengan mematuhi amalan semasa dalam pantang sebagaimana yang disarankan oleh budaya mereka.
Kebanyakan budaya mengakui kemungkinan berlakunya kerosakan kepada tubuh wanita ekoran daripada proses mengandung dan bersalin yang perlu diperbetul, dijaga dan dicegah supaya tubuh dapat kembali kepada keadaan asal.
Ini termasuk proses pemulihan akibat :
  • kehilangan darah semasa bersalin
  • pengecutan rahim
  • keseimbangan hormon
  • ketegangan urat saraf semasa proses bersalin
  • kehilangan tenaga semasa proses bersalin.
Tempoh berpantang dianggap sebagai masa bagi ibu lepas bersalin untuk merawat, menyucikan dan memulihkan tubuh selepas bersalin.
Pemakanan yang baik merupakan kunci utama untuk membolehkan wanita terus kekal sihat selepas bersalin. Rehat yang cukup juga amat penting untuk proses pemulihan.
Pantang-larang makanan selepas bersalin merupakan suatu kepercayaan yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat yang mengaitkan sesuatu makanan dengan kemudarataan kepada ibu lepas bersalin, dan harus dielak dalam satu tempoh yang dipanggil tempoh berpantang. Hampir semua masyarakat di Malaysia mempunyai kepercayaan pantang-larang ini.
Walau bagaimanapun, daripada segi perubatan dan kajian saintifik, tiada yang membuktikan bahawa makanan-makanan ini akan memberi kemudaratan kepada ibu lepas bersalin dan perlu dielakkan. Oleh yang demikian, ia bergantung kepada kepercayaan ibu itu sendiri sama ada untuk mengamalkan pantang-larang ini. Namun kunci utama iaitu pengambilan makanan yang seimbang dan sihat perlulah dipatuhi untuk kekal sihat.
 
Berapa lamakah tempoh berpantang ?
Jangka masa yang diperuntukkan untuk wanita berada dalam pantang berbeza mengikut budaya, adat dan tempat misalnya :
  • wanita Melayu selama 40 hari (hingga 44 hari)
  • dalam kalangan masyarakat Cina, lazimnya tempoh berpantang adalah 30 hari, manakala
  • masyarakat India mengamalkan selama 30 hari.
 
Perlukah diet khusus semasa berpantang ?
Sebenarnya, tiada diet atau makanan yang khusus semasa ibu berpantang.
Lazimnya, pengambilan makanan ibu semasa berpantang banyak dipengaruhi oleh kepercayaan pantang-larang yang diamalkan oleh masyarakat wanita tersebut.
Tiada halangan jika ibu ingin mengamalkan pantang-larang dalam pemakanan tetapi kunci utamanya adalah diet yang seimbang dan makan secara sihat.
Semasa berpantang, ada sesetengah makanan yang dilarang diambil oleh ibu yang baru bersalin. Namun, makanan tersebut perlulah diganti dengan makanan lain daripada kumpulan makanan yang sama bagi memastikan zat makanan tersebut dapat diperoleh. Sebagai contoh, ada jenis ikan tertentu yang dianggap boleh menyebabkan “gatal” dan tidak boleh diambil oleh ibu dalam pantang. Namun, ibu boleh mengambil ikan jenis lain untuk memastikan sumber proteinnya dapat diperoleh. Begitu juga dengan sumber bijirin, sayur dan buah.
 
Apakah makanan yang perlu diambil semasa tempoh berpantang ?
Adalah penting untuk ibu memastikan makanan yang diambil semasa tempoh berpantang terdiri daripada pelbagai jenis dan seimbang mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.
Keperluan pemakanan ibu boleh dirujuk kepada Diet Selepas Bersalin.
Perkara ini penting untuk memastikan semua keperluan nutrien yang diperlukan dapat diperoleh untuk memulihkan kesihatan ibu serta menjayakan penyusuan susu ibu.
 
Mitos dan fakta dalam amalan pantang-larang pemakanan selepas bersalin
  1. Jangan makan ubi-ubian ?
Mitos
Ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan daripada jenis ubi-ubian seperti keledek, keladi dan ubi kayu kerana makanan ini dipercayai mengganggu proses pencernaan dan menyebabkan ibu kembung perut.
 
Fakta
Ubi-ubian merupakan makanan bijirin yang membekalkan karbohidrat sebagai sumber tenaga.
Jika ibu tidak boleh mengambil ubi-ubian semasa dalam pantang, ibu boleh mengambil makanan gantian daripada kumpulan bijirin yang lain seperti nasi sebagai sumber karbohidrat dalam diet ibu.
 
  1. Mengelak makanan 'sejuk' ?
Mitos
Sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kangkung, petola, terung, timun, tembikai dan pisang dianggap ’sejuk’ dan tidak boleh diambil oleh ibu dalam pantang.
Mengelakkan makanan sejuk dikatakan dapat membantu melancarkan pengaliran darah dan melambatkan proses pemulihan. Makanan sejuk menyebabkan kembung perut, kejang otot dan sakit-sakit badan.
Fakta
Tiada kajian saintifik yang dapat membuktikan bahawa mengelak makanan-makanan ini memberi sebarang faedah kepada kesihatan  ibu dalam pantang.
Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan amat penting sebagai sumber:
  1. vitamin
  2. mineral
  3. fitokimia
  4. serat.
Serat amat penting untuk melancarkan pembuangan najis bagi mencegah masalah sembelit yang sering kali dialami oleh ibu yang baru bersalin.
Malaysia kaya dengan kepelbagaian sayur dan buah. Oleh yang demikian, ibu yang dalam berpantang boleh memilih sayur dan buah yang tidak dianggap sebagai ’sejuk’ untuk memastikan keperluan harian buah dan sayur dapat penuhi. Contohnya :
  • sayur-sayuran : sawi hijau, bayam, kucai, ulam-ulaman (contoh : pegaga, daun cekur dan ulam raja).
  • buah-buahan : oren, betik dan pisang.
 
  1. Ikan, ayam dan telur adalah 'bisa' ?
Mitos
Beberapa jenis ikan, ayam, telur dan beberapa jenis buah-buahan seperti nenas dianggap sebagai ’bisa’ dan ’tajam’. Makanan berbisa dikatakan boleh melambatkan penyembuhan luka bersalin serta boleh menyebabkan pendarahan bagi ibu dalam pantang.
 
Fakta
Makanan ini merupakan sumber baik bagi :
  • protein
  • vitamin
  • garam mineral.
Ibu dalam pantang perlu mengambil secukupnya makanan sumber protein seperti ikan, ayam, telur dan kekacang. Sumber protein amat penting untuk memulihkan luka akibat bersalin sama ada luka faraj atau pembedahan. Salah satu fungsi protein adalah pembentukan tisu-tisu badan yang membantu luka untuk sembuh.
Selain itu, makanan ini juga membekalkan zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah bagi menggantikan darah yang banyak hilang semasa proses kelahiran  dan dapat mencegah masalah anemia. Kekacang juga merupakan sumber serat yang baik.
Ibu selepas bersalin memerlukan banyak protein. Oleh itu, elakkan amalan hanya mengambil ikan kering semasa berpantang kerana ini boleh memudaratkan kesihatan. Pastikan diet harian ibu mengandungi sumber makanan daripada kumpulan ini.
 
  1. Ibu dalam pantang tidak boleh minum air ?
Mitos
Ibu dalam pantang tidak boleh minum air dengan banyak kerana dipercayai boleh menyebabkan urat saraf menjadi kembang.
 
Fakta

Ibu dalam pantang perlu minum air secukupnya iaitu 6-8 gelas sehari. Kepercayaan ibu dalam pantang perlu mengehadkan pengambilan air adalah perlu dielakkan. Pengambilan air yang mencukupi penting untuk :
  1. memulihkan kecergasan badan
  2. keseimbangan elektrolit
  3. mengawal suhu badan.
Pengambilan air secukupnya amat penting bagi ibu yang menyusukan bayi untuk menggantikan air yang diguna untuk menghasilkan susu ibu. Seseorang ibu menghasilkan anggaran 800ml atau 4 gelas susu ibu sehari.
 
Makanan khusus yang dipercayai memulihkan kesihatan ibu dalam pantang
Terdapat makanan khusus mengikut kepercayaan budaya sesuatu masyarakat yang mengaitkan makanan dengan kesihatan ibu dalam pantang.
Sebagai contoh penggunaan HALIA sebagai ramuan di dalam masakan merupakan amalan tradisi ibu berpantang dalam kebanyakan masyarakat. Halia dikatakan sebagai ’panas‘ atau makanan yang memanaskan badan dan dipercayai boleh melancarkan pengaliran darah. Begitu juga dengan akar-kayu, minuman herba dan lain-lain lagi.
Bagi masyarakat Cina, arak (wine) akan dicampurkan ke dalam makanan ibu lepas bersalin kerana dikatakan boleh memanaskan badan. Pengambilan ikan haruan sebagai diet ibu lepas bersalin juga agak popular dalam kebanyakan kaum sama ada Melayu, Cina atu India. Ikan haruan dipercayai mempunyai kemampuan untuk memulihkan luka-luka akibat bersalin. Selain itu, pengambilan jamu juga banyak diamalkan oleh ibu lepas bersalin untuk memulihkan kesihatan dan mengembalikan kesegaran badan selepas bersalin. 
Pengambilan makanan ini boleh diambil selagi ia tidak memudaratkan kesihatan ibu dan bayinya jika ibu mengamalkan penyusuan susu ibu. Jika ibu menyusukan bayinya, ibu perlu lebih berhati-hati semasa mengambil makanan seperti ubat-ubatan herba, jamu dan alkohol kerana ia akan menyerap masuk ke dalam susu ibu. Kesan sampingan ini lebih berisiko kepada bayi pramasa atau bayi yang berumur kurang dua bulan berbanding bayi yang lebih matang. Ibu perlu peka kepada tanda-tanda atau perubahan yang berlaku kepada bayi seperti tidur yang tidak normal, tidak mahu menyusu, gangguan perut dan jaundis. Jika ada kebimbangan, ibu perlu memberhentikan pengambilan makanan-makanan ini dan dapatkan nasihat pegawai perubatan atau anggota klinik yang berdekatan.
 
Penutup
Ibu dalam pantang dinasihatkan agar tidak mengamalkan pantang-larang pemakanan yang keterlaluan sehingga mengehadkan jumlah pengambilan makanan dan air atau tidak mengambil sumber makanan daripada kumpulan makanan yang tertentu.
Prinsip makan secara sihat perlu diamalkan agar ibu sentiasa cergas, ceria dan sihat semasa dalam pantang

Resepi Puting Roti

Bahan-bahan untuk puding roti:
8 keping roti
2 cawan susu segar
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega (cairkan)
1 kotak kecil kismis
Bahan-bahan untuk sos kastard:
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya:

1. Masukkan susu segar, gula halus, telur, dan esen vanilla dalam satu bekas. Kacau sebati, husna kacau guna mixer je, senang nak sebatikan semua.. lepas tu jangan syok plak sampai kembang setaman adunan tu.. Cukup lah sekadar telur tu dah pecah elok pastu boleh mesra dengan yang lain.. 

2. Carikkan roti dalam 4 bahagian, dan masukkan dalam bekas adunan, biar terendam dan meresap sekejap.. Masukkan marjerin yang dah dicairkan serta separuh kismis kedalam bekas tadi dan gaul sedikit..

3. Sapukan sedikit marjerin dalam loyang untuk membakar.. Tuangkan roti yang telah direndam tadi dalam loyang pembakar.. Taburkan baki kismis atas adunan.. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit.. Kalau risau hangit, pepandai adjust.. mulakan dengan beberapa minit dahulu, lepas tu kalau tak masak lagi, masukkan semula tambah minit..
Untuk sos kastard:
satukan bahan-bahan sos kastard ke dalam periuk.. petua untuk elakkan tepung kastard berketul-ketul semasa memasak, jangan panaskan lagi periuk, kacau dulu tepung bagi sebati.. dah larut/hancur baru letak atas dapur dan panaskan guna api sederhana.. masak sampai pekat.. kepekatan sos terpulang pada selera.. dah sejuk nanti lagi pekat sebenarnya..
Dah siap semua boleh lah makan.. sos kastard tu berlemak sikit, sebab husna terbuat pekat, so kalau makan banyak secara serentak memang tak boleh pergi.. boleh rasa muak, jadinya nak neutral balik jangan lupa minum air kosong.. laju je boleh hadap balik.. malam tu habis satu loyang, adik-adik buat kerja, pakat angkut sorang sikit.. abah husna plak makan saja puding tu tanpa sos, sebab dya cakap pelik kalau makan sekali.. hahaha.. makan saja pon sedap, sebab puding tu dah manis..


Selamat Mencuba